ahhh! Sebenarnya, Di Stesen Kereta Api Rawa Buaya, Cangkerang, Jawa Barat merupakan landasan keretapi yang paling fofular dengan perawatan letrik yang boleh menyebuh pelbagai penyakit. (eh, penyakit hati leh obatke???ofkosla! berbaring ketika train lalu..gilak! nak mampus bunuh diri)..
Kebanyakan mereka percaya, dengan hanya bersantai, sama ada duduk atau berbaring sambil merasai getaran elektrik di atas besi landasan kereta api, kesihatan mereka akan beransur baik. Perawatan ini dianggap mujarab serta percuma, apabila train datang dan pergi, mereka akan berkumpul dan berbaring dengan santainya.. ohmen!!! selain itu, ia juga berjaya menarik minat orang luar daerah untuk berkunjung di Rawa Buaya dan menikmati sendiri terapi elektrik.
beberapa org penduduk tempatan dikatakan telah pun sembuh penyakit akibat treatment letrik ni, biasanya, selepas selesai melakukan massage kat landasan tu, mereka akan minum air. Mereka beranggapan banyak minum air selepas terapi dapat membantu aliran darah menjadi lebih lancar.
Bagaimanapun, baru-baru ini, pihak berkuasa kereta api Indonesia melarang penduduk daripada menjalani terapi di landasan kereta api elektrik berkenaan. Mereka yang ingkar akan didenda sebanyak Rp15 juta (RM5,234). ni bukan treatment beb! ni cari nahas, kat malaysia tak da ke yang tergerak ati nak wat treatment mcm tu!! kalau ada, dah lama jd arwah la tu...
mereka beramai-ramai jadi hidangan keretapi
aunty ini merasakan dirinya suda cukup hidup.
ohh! pijakla aku
seronok pak cik sebelah ni kan,duduk santai-santai..x nak minum kupi-kupi lagi ke pakcik..
P/s :PERBUATAN INI AMAT BERBAHAYA, JIKA VOLTAN YANG TERHASIL SANGAT TINGGI, AKIBATNYA AKAN RENTUNGLA MEREKA SEPERTI AYAM GOLEK MAK KINAH!!! DON'T DO THIS AT HOME!





No comments:
Post a Comment