memandangkan aku sangat senang ati, jadi biarlah aku wat ringkasan pasal crita ni. crita ni mmg sesuai untuk mereka yang sangat meminati filem-filem imaginasi seperti aku. Ia mengisahkan cerita yang lebih kepada keplanetan dan kealieanan (wahhh, bahasa melaysia aku ni..makin menjadi-jadi rojaknya). So bila tengok cerita macam ni, imaginasi kepalaku mula mengembanglah. kononya masih banyak lagi bahagian dari alam semesta ini yang masih belum dijelajahi dan diterokai manusia. No body know terdapat ada sebuah kekuatan yang selama ini menjaga keseimbangan alam semesta ini agar tidak terjadi kehancuran. part ni la korang akan jumpa pelbagai spesis alien yang pelik, sehingga membuatkan aku tergelak. ada yang kepala besar, dada yang bidang,kaki kecik mcm pakai high hill pun ada...(talking fish..) Mereka menamakan dirinya Green Lantern Corps. kira dorang ni adalah pahlawan-pahlawan hebatla yang mepertahankan kekuatan green latern tu. Setiap anggota Green Lantern Corps memiliki sebuah cincin yang memberi mereka kekuatan di luar batas kekuatan apa pun. Kalau la ada cincin cam tukan bagus. bley la aku mita untuk jadi cincin kawin aku suatu ari nanti.
Pada masa yang sama, terdapat sebuah kekuatan untuk menghancurkan keseimbangan ini, kekuatan ini more pada ketakutan, sapa yang rasa takut menguasai diri, jd senangla c alien kepala besar ni memusnahkannya. satu-satunya yang menjadi harapan adalah anggota terbaru Green Lantern Corps yang bernama Hal Jordan (Ryan Reynolds). Dia adalah seorang pilot muda yang berbakat besar. Dia telah dipilih oleh seekor alien yang berkepala botak,berwarna ungu untuk mengantikan dirinya. C Botak ni bukan calang-calang alien tau, dia nilah pahlawan tersohor di planet tu, dia telah mengalami kecederaan yang parah dan cincin dia tu la yang pilih c Hal jordan mungkin sebab sifat-sifat c Hal ni sama ngan dia C Hal ni adalah manusia pertama yang berhasil mendapatkan cincin Green Lantern.
Semua anggota Green Lantern Corps memandang rendah Hal sebab selama ini memang tak ada satu pun manusia yang sanggup mengenakan cincin Green Lantern dan mereka tidak tahu bagaimana si Hal yang satu-satunya anggota yang memiliki kelebihan dibanding mereka semua. Di pendekkan cerita, ada seorg profesor yang diberikan tugas untuk memeriksa anggota badan alien (pahlawan Botak berwarna ungu), sewaktu dia tengah sibuk investigate badan alien botak tu dia terkena serpihan kuasa alien jahat ni, lama kelamaan kuasa tu menyerap badan dia dan dia bertukar menjadi lebih kuat dan lebih hodoh..kepala dia pun makin besar. Macam biasala kan kalau cerita lawan-lawan mestilah diorang bertarungkan, lawan di antara yang jahat ngan yang baik. Sapa yang menang? of kos la yang baik.
nak tau ending cerita tu, lihat la sendiri...aku memang terhibur, sebab tym aku watching ni muvie aku tak ngantuk. so maknanya, muvie ni berjaya menarik perhatian aku. The End.
![]() |
| hector hemond |
![]() |
| Tomar-Re ( struktur badan yang unik serta seksi, mcm pakai high hil lagi...HAHAHHAHA ) |



No comments:
Post a Comment