ahhhhh..sapa di luar sana suka sangat kat minuman karbonat??? hummm..angkat kaki cepat...maybe ada yang menjadikan minuman ini sebagai minuman harian korang semuakan.. yalah, kayakan,bnyak duit boleh beli pepsi, kukakulah, marinda,sarsi hari-hari. Aku memang tak minat ngan minuman cam ni..sakit tekak aku tau..biasa aarrr nak jaga suara kannnn..(kononlaaa)
baiklah mari kita mendekati spesis minuman ini. bukan aku nak goreng aarr, ni fakta tau bukan auta..aku baru jak baca kat buku tadi.. Minuman berkarbonat sebenaranya suda mula wujud semenjak tahun 1767 lagi, wah dah lama da ni, bapa aku punya bapa punya uncle pun lum idup lagi ni. Ia sebenarnya di Asaskan oleh Joseph Priestly. Kejayaan tersebut bukanlah sesuatu wajar dibanggakan kerana semakin lama semakin banyak kesan negatif kepada kita. Bayangkanla korang semua, satu tin minuman mengadungi anggaran 10-12 sudu kecil gula.wahhhh, banyak tu.... semut pun minum leh kencing manis ooohh..
12 sebab untuk say "I'm not like drinking carbonate water beri-beri much" (pergghhh, ayat mat salleh ni)
1) Menyebabkan risiko diserang penyakit osteoporosis. Yang ni uncle James Duke Phd yg bagitahu kat buku dia yang bertajuk The green Pharmacy : The Ultimate Compendium of natural from the world's foremost authorithy on healing herbs. Menurut beliau, air itu mengandungi kandungan fosforus yang tinggi dan bertindak menyerap keluar kandungan kalsium dari tulang. keadaan ini menjadikan tahap kalsium akan menurun manakala tahap fosforus akan meninggi di dalam darah. akhirnya ia akan membawa kepada kehilangan jisim tulang.
2) Kajian pada keatas 57 kanak-kanak disahkan mengalami kekurangan kalsium dalam darah, 66.7% darinya minum lebih dari empat tin minuman berkarbonat setiap minggu (anggaran 12 hingga 16 auns setiap botol). keadaan ini akan menganggu penyerapan mineral baik untuk tulang temulang hingga meningkatkan risiko kerapuhan tulang pada kanak-kanak. so, x heranla kalau budak-budak zaman skang ni, cepat patah tulang sebab kalsium dah kurang.
3) Mengandungi kafein yang tinggi. 1 tin minuman kukakulah mengandungi kira-kira 45 miligram kafein, malah ada minuman berkarbonat mengadungi 100 miligram kopi dimanajumlahnya adalah tinggi berbanding yang terkandung di dalam secawan kopi. (sumber ini dari kajian dari Marion Nestle dalam carlifornia studies in foodand culture, bukan aku saja-saja temberang-temberang)
4) jika minum minuman ini setiap hari, korang berisiko dua kali ganda dari individu yang hanya mengambilnya setin setiap minggu obes.
5) Menurut si Wiliam Duffy, pakar Nutrisi dari pusat kajjian perubatan Naval, kalau kita selalu minum air ini, ia mampu menghakis gusi dan menyebabkan gigi mudah rosak dan patah.
6) bagi individu-individu yang berusia 40 tahun, bukan 4 tahun tau..kekerapan meminum minuman ini akan meningkatkan kerosakan buah pinggang, bukan buah dadu, buah mangga atau buah-buahan tempatan yang lain. ini kerana organ tersebut perlu 'bekerja keras' untuk menyingkirkan kandungan fosforus yang berlebihan dalam tubuh. kesian buah pinggang kita kaannnn...penat dia berkerjaaa...
7) Minuman berkarbonat juga sangat tinggi dengan bahan antasid yang boleh menggangu penghadaman dan akhirnya membawa kepada masalah seperti meloya atau muntah-muntah. Menurut Ravi Dhingra, MD,Pakar perubatan Am dari Harvard Medical School, Boston, Massachusetts, kandungan antasid ini tetap sama meskipun didalam minuman berkarbonat yang diikhtiraf sebagai 'diet soda' atau 'diet cola'.
8) minuman ini juga bertindak mengurangkan fungsi antibakteria seperti penicilin dan ampicilin di dalam tubuh.
9) Kandungan kafein yang tinggi menyebabkan kemandulan. minuman ini jika diminum setiap hari akan mengurangkan 50% risiko untuk mendapat zuriat.
10) minuman ini akan mepertingkatkan gejala pra menopaus bagi wanita berusia 40 tahun ke atas.
11) Menurut Marcia zimmerman, pengarang buku The A.D.D. Nutrition Solution : A drug- Free 30 day plan, minuman dalam tin juga mengandungi sodium benzoate iaitu sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk mengekalkan rasa (mirobial control) di dalam minuman dan mengurangkan kewujudan potasium dalam tubuh. Bagi mereka yang alah, bahan ini akan mendedahkan individu tersebut kepada risiko ruam, ekzema tau diserang asma.
12 ) Kajian yang dilakukan oleh Havard Medical School ke atas 6000 responden yang berusia di antara 25 hingga 30 tahun mendapati bahawa individu yang minum lebih dari satu tin minuman berkarbonat sehari akan terdedah dengan serangan jantung dam sindrom metabolik sebanyak 44%.
ahhhhh..mcm????ada berani tak minum minuman ni lagi..aku memang tak minat sangat ngan minum ni
-sumber : majalah rapi jul/10


No comments:
Post a Comment